"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Lari

Pernah rasa tak...rasa dah lari jauh..tapi tak sampai pun ke penghujung? Rasa penatnya.. Subhanallah. Penat sangat.

Sebenarnya, bila difikir-fikir semula. Ia sangat berkait dengan matlamat hidup. Kalau berlari tanpa matlamat..tanpa tujuan di pengakhiran.. Sampai bila pun kita tidak akan temui penghujungnya. Sebab itu, buka minda..buka hati seluas-luasnya tetapkan matlamat. Bukan sekadar matlamat sebagai manusia. Tapi juga matlamat sebagai hamba Nya. Sebab hidup di dunia jika hanya memikir duniawi semata.. Mana mahu dapat redha Allah? Sebab itu perlu dihadirkan rasa adanya Dia di setiap langkah dan perlakuan kita. Jadi.. Perlu ada matlamat jika mahu kita berlari bukan larian yang sia-sia.

Bila ada matlamat. Perlu memilih laluan. Laluan bagaimana yang kita inginkan. Ini berkait dengan usaha. Usahalah mendapatkan laluan yang terbaik. Jika bertemu halangan di sepanjang laluan...Usahalah mengatasinya. Jangan terus tersungkur... Putus asa. Silap-silap terkubur kat situ.

Bila ada matlamat..ada laluan. Perlu dilihat siapa yang bersama-sama di sepanjang laluan itu. Benar... Itu laluan yang kita pilih. Namun, harus sedar... Bukan kita sahaja di laluan itu. Kembali kepada konsep "jamaah". Jika kita mahu kuat... Berjamaah lah dengan mereka yang mampu memberi kekuatan. Sebab itu.. Dalam hidup kita kena memilih. Bukan bermakna kita memilih...kita merendahkan pihak lain. Tidak sama sekali. Sebab itu perlu bijak. Gunakan akal yang diberi. Usah disia-sia.

Usah berlari jika tiada matlamat.
Jangan berlari jika tidak tahu haluan.
Kelak tiada penghujung.

Wallahualam.


Posted via Blogaway

Jadilah Manusia Yang Menghargai

Kadang-kadang kita rasa susah nak merasai kewujudan orang yang baik-baik di sekeliling kita. Nilah sifat manusia yang selalu terlupa. Selalunya...bila hilang baru kita cari. Yang ada..yang sentiasa di depan mata...langsung kita tak hargai. Sedang kita sedar..suatu masa itu semua akan tiada..berlalu mengikut masa. Sebabnya tiada apa yang kekal di muka bumi ini. Jangan bila..kita kehilangan..baru terbit rasa rindu. Masa tu dah terlambat.

Mengenai rasa. Rasa itu normal bagi manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Rasa sayang..rasa marah..dan macam-macam rasa yang ada..kadangkala sukar diterjemah. Lagi peka kita pada rasa...lagi membuktikan bahawa hati kita hidup. Hati kita hidup dalam dunia realiti..dan tak berpura-pura. Bagi mereka yang tidak menghargai rasa yang ada. Juga rugi namanya.

Wallahualam


Posted via Blogaway

Seorang Lelaki Bergelar HERO

Tertarik.. "Ayah aku tak belajar...Tapi dia tahu semua...Aku yang belajar pun..tak tahu!". Ayat yang sempat singgah ke telinga aku bila melalui sekumpulan budak-budak muda yang sama beriadah.

Aku tertarik benar dengan ayat itu. Kesungguhan budak ni menuturkan ayat menampakkan begitu kagum dengan insan bergelar ayah. Bagi aku... Budak ini telah menjadikan ayahnya hero di mata rakan-rakan yang lain.

Benar... Ayah tidak belajar tinggi. Tapi sedar kah kita.. Bahawa ilmu Allah itu luas? Mampu dipelajari dengan lebih mendalam sekiranya didasari rasa kehambaan kepada tuhan. Setiap apa yang kita lakukan dalam sehari-hari itu..kita belajar. Begitu juga ayah...yang hidupnya lebih lama berbanding kita.

Analoginya.Jika kita terpijak paku buat kali pertamanya hari ini. Ayah kita sudah terpijak paku berkali-kali sejak dahulu. Dia tahu bagaimana rasanya kesakitan itu.

Ya. Aku setuju. Ayah kita adalah HERO. Hero dalam kehidupan kita. Yang punya ilmu melalui pengalaman yang diharungi setiap hari. Ilmu itu langsung tidak sama yang kita pelajari secara teori di dewan-dewan kuliah..yang didasari peperiksaan hujung semester semata.

Kagumi ayah anda.
Kerana mereka adalah HERO kita.

Wallahualam.


Posted via Blogaway


Popular Posts