"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Aku dan Qilah

Hari Jumaat malam, Aqilah,ibu dan ayahnya datang berkumpul di rumah Uncle Zul. Ternyata Aqilah pemalu orangnya. Malu amat dia dengan Uncle Zul dia. Mungkin sebab lama tak berjumpa. Maafkan Uncle ya Aqilah.

Tapi bagi aku sifat malu seorang perempuan (tidak kira lah budak kecil atau besar) terhadap gender berlainan itu normal. Itu juga kebiasaan. Maka Uncle mengganggap normal bila Aqilah malu dengan Uncle. Ibu dan ayah Aqilah juga cakap bahawa Aqilah memang sedikit malu dengan lelaki. Tapi, malam tadi Aqilah mula perlahan-lahan hendak rapat dengan aku. Pagi tadi sudah malu semula.

Aqilah, ibu dan ayah, juga mak dan ayah bertolak pulang dari Johor ke Kuala Lumpur sebelum zohor tadi. Sempat kami berkumpul menyambut hari lahir adik bongsu kami di sini. Alhamdulillah. Bukan senang kami nak berkumpul sekeluarga.

Semoga semoga keluarga kami bertambah besar dan bahagia (ni ayat pancing...tanda-tanda awal dah mula gatal nak kawin..hahaha).

Selamat malam.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts