"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Kalau Aku Jatuh

Kalau aku jatuh..
Aku berharap aku segera bangkit..
Bangkit aku untuk memenuhi waktu..
Kerana waktu aku tidak lama..
Waktu itu singkat..
Esok lusa belum tentu ada..
Sebagai manusia..
Hargai segalanya..

Kalau aku jatuh..
Alangkah indahnya..
Jika ada jari lima dihulur..
Bukan menagih simpati..
Hanya sekadar rasa ingin dipunya..

Kalau aku jatuh..
Aku berjanji sendiri..
Bahawa aku tidak akan jatuh seperti itu lagi..
Itu tanda aku perlu berhati-hati..
Hati-hati pada setiap langkah..
Hati-hati pada setiap lafaz..
Hati-hati pada setiap tingkah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tatkala Ia Berlaku

Tatkala ia berlaku..
Sendu...
Pilu...
Mata berkaca...
Titis titis berderu...

Saat itu...
Kaku...

Kita yang di sini termanggu...
Sedia atau tidak ia tetap menunggu..
Muda atau tua ia tetap setia menunggu...
Di mana, bila...hanya DIA yang tahu...

Selagi jasad di isi..
Selagi itu cuba mengenal erti khalifah
Kenal DIA...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Malam...

Malam aku sepi..
Sendiri..
Aku masih sendiri...

Biar aku terus menghitung...
Biar aku terus bertarung...

Pencak palu tidak sekata..
Biar aku rasa..
Usah siapa menyapa..

Jauh..biar jauh...
Tangis..biar tangis..
Hiba...biar hiba..

Aku tetap aku..
Berdiri menelusuri aku..
Kerana aku..
Bukan siapa siapa
Untuk siapa pun hina

Sekian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila Terjaga

Tidur lena..
Tiba-tiba terjaga.Mata masih pedih.
Tahan mengantuk.Tahan jiwa.
Tapi jari masih mahu menekan butang huruf..

Nukilan ke? Genre tulisan apakah ini?
Aku pun tak tahu.
Yang aku tahu..tulis saja apa ingin ditulis.
Tak ada cikgu nak periksa.
Tak ada markah nak dikejar.

Bukan menulis kerana cari nama..
Bukan juga menulis sebab mahu isi masa..
Tapi menulis sekadar mengikut rasa..

Jauh lagi jalan hidup aku ni...
Tapi kenapa singkatnya malam ni..

Ape yang aku merapu ni..
Baik..pakai stokin..tarik selimut..
Peluk bantal ketat-ketat..
Kas bantal ni lemas...
Biar pelukan aku kemas..

Moga bangun esok.pagi...aku terus jadi Hero..
Sekian

Published with Blogger-droid v2.0.10

Aku Diam Bukan Kerana Bisu

Aku diam bukan sebab aku bisu.
Tapi kehidupan ini begitu sibuk.
Sana hijau, sini merah, situ kuning...
Kadang-kadang buat aku pening.

Mujur aku pening tidak sampai luntur semangat yang ada..
Tetap gagah...tetap kuat...

Bukan ingin menjadi HERO untuk siapa-siapa
Tetapi menjadi HERO untuk diri sendiri..
Biar jiwa aku bergetar kerana keberanian ku..

Siapa hadir...Aku sambut..
Baik dia datang..baik juga yang bakal diterima.
Bukan dendam..Bukan jahat..
Hanya sekadar mengikut alunan kehidupan..

Hidup kita tidaklah terlalu sukar..
Kita yang menentukan perjalanannya..
Sama seperti makanan...kita boleh pilih lauk pauk dan rencahnya...

Aku diam bukan aku bisu...
Sekian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Popular Posts