"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Aku Diam Bukan Kerana Bisu

Aku diam bukan sebab aku bisu.
Tapi kehidupan ini begitu sibuk.
Sana hijau, sini merah, situ kuning...
Kadang-kadang buat aku pening.

Mujur aku pening tidak sampai luntur semangat yang ada..
Tetap gagah...tetap kuat...

Bukan ingin menjadi HERO untuk siapa-siapa
Tetapi menjadi HERO untuk diri sendiri..
Biar jiwa aku bergetar kerana keberanian ku..

Siapa hadir...Aku sambut..
Baik dia datang..baik juga yang bakal diterima.
Bukan dendam..Bukan jahat..
Hanya sekadar mengikut alunan kehidupan..

Hidup kita tidaklah terlalu sukar..
Kita yang menentukan perjalanannya..
Sama seperti makanan...kita boleh pilih lauk pauk dan rencahnya...

Aku diam bukan aku bisu...
Sekian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts