"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Bersangka Baik

Hidup ni macam pentas lakonan. Semua yang hidup ada watak. Samada baik atau jahat (mana ada orang mahu jadi jahat? Semua pun nak jadi baik). Cuma kadang-kadang tersalah pertimbangan tersalah pemahaman..sampai manusia tersilap percaturan. Itu biasa bagi makhluk bergelar manusia yang lahirnya tidak "maksum" seperti Rasulullah.

Walaupun begitu. Jangan kita susahkan hidup kita. Jangan kita sesakkan pemikiran kita memikirkan tiap muslihat  di setiap watak yang berada di ruang hidup kita. Mudahnya... Bersangka baik lah sentiasa dengan setiap orang. Dalam bersangka baik..kita masih juga perlu memilih norma mana yang perlu untuk diteladani juga untuk disempadani. Tidak terlalu mudah..tidak terlalu susah.

Jangan jadi manusia sekadar "menadah" menerima segala yang hadir tanpa ada sedikit pun tapisan. Juga jangan jadi manusia yang sentiasa berpegang pada "redha" tanpa ada sedikit pun usaha ke arah yang kita mahu. Sebab konsep "redha" itu bukan begitu. Sedang tuhan mahukan kita berusaha bersungguh-sungguh kemudian di susuli tawakkal tanda berserah kepadaNya.. Barulah akan terbit "redha" tanda menerima dengan berlapang dada ketentuanNya. Sebagai manusia perlu sentiasa bersangka baik kepada Yang Maha Pencipta.

Jadinya.. Bersangka baiklah. Sebab kita hanya menumpang sementara di dunia yang akan tiba penghujungnya ini. Tidak rugi bersangka baik. Tapi usah terlalu "taksub" menjadi baik sehingga kita diperguna.

Wallahua'lam


Posted via Blogaway

Hidup Dengan Pilihan

Dalam hidup.. Toleh kanan..toleh kiri..toleh depan..toleh belakang..toleh atas..toleh bawah.. Semua tempat tu ada pilihan yang perlu dibuat. Pendek kata, tiap tempat penuh dengan pilihan. Pilihan tu bukan untuk kita "ignore". Tapi, untuk kita buat. Sebab itu manusia dikurnia akal. Untuk berfikir, juga untuk buat pertimbangan. Berfikir dari pelbagai sudut.. Buat pertimbangan dari pelbagai aspek. Supaya kita tidak salah..supaya kita tidak silap.

Tapi, pengalaman juga sebenarnya membantu dalam membuat setiap pilihan yang ada. Jika dahulu pernah silap membuat percaturan. Kali ini pastikan tidak silap. Itu namanya orang yang sentiasa belajar dari kehidupan. Tapi, kalai pilihan itu masih silap. Bukan bermakna kita gagal... Terus belajar dan belajar memperbaiki kesilapan itu. Pendek kata, jangan cepat putus asa dan harapan.

Kalau ditenung-tenung, konsep pilihan ni wujud dalam semua perkara.. Hatta dalam kehidupan berumah tangga sekalipun. Fikirkan setiap pilihan yang dibuat tu..memberi impak atau tidak kepada orang yang paling hampir dalam hidup kita. Juga impak kepada setiap orang yang berada dalam "radius" hidup kita. Mudahnya, biarlah apa yang dibuat memberi sesuatu yang baik buat semua.

Bukan aku nak kata aku ni bijak dalam membuat pilihan.Aku juga terkadang silap membuat pilihan. Sebabnya banyak faktor luar yang turut memberi kesan kepada setiap pilihan yang dibuat...sebab itu kita perlukan pemahaman akal dan pertimbangan yang baik. Juga "tegas" dalam setiap pilihan yang dibuat disusuli tindakan yang bertepatan dengan pilihan tersebut.

Wallahua'lam.


Posted via Blogaway

Hakikat Hidup Kita

Dalam hidup kita ni banyak benda yang kita belajar setiap detik..setiap saat..setiap minit..setiap jam...setiap hari..setiap bulan..setiap tahun...setiap..setiap..setiap apa pun yang kita buat.

Antara sedar dan tidak. Kadang-kadang kita rasa cukup lemah..kadang-kadang sampai rasa kita dah jatuh. Tapi kalau jatuh..belajarlah untuk bangun.. Jangan biar diri tersungkur. Ini proses belajar yang perlu belajar sendiri.

Kadang-kadang pulak kita rasa cukup kuat.Hingga kita lupa kuat kita tu terbatas. Bila terlalu asyik dengan kuat tu..kadang-kadang hingga kita terlalu lalai. Ni juga proses belajar..belajar untuk jadi kuat kira tempat.. Belajar untuk jadi kuat yang bermoral. Bukan sekadar kuat di mata orang..tapi hakikatnya lemah.

Ini semua aku gelar...proses belajar dalam kehidupan. Hidup akan jadi mudah bila kita sentiasa belajar setiap masa. Bangkit dari setiap kejatuhan. Perhebat dari setiap kebangkitan.

Wallahua'lam.

Popular Posts