Hidup ni macam pentas lakonan. Semua yang hidup ada watak. Samada baik atau jahat (mana ada orang mahu jadi jahat? Semua pun nak jadi baik). Cuma kadang-kadang tersalah pertimbangan tersalah pemahaman..sampai manusia tersilap percaturan. Itu biasa bagi makhluk bergelar manusia yang lahirnya tidak "maksum" seperti Rasulullah.
Walaupun begitu. Jangan kita susahkan hidup kita. Jangan kita sesakkan pemikiran kita memikirkan tiap muslihat di setiap watak yang berada di ruang hidup kita. Mudahnya... Bersangka baik lah sentiasa dengan setiap orang. Dalam bersangka baik..kita masih juga perlu memilih norma mana yang perlu untuk diteladani juga untuk disempadani. Tidak terlalu mudah..tidak terlalu susah.
Jangan jadi manusia sekadar "menadah" menerima segala yang hadir tanpa ada sedikit pun tapisan. Juga jangan jadi manusia yang sentiasa berpegang pada "redha" tanpa ada sedikit pun usaha ke arah yang kita mahu. Sebab konsep "redha" itu bukan begitu. Sedang tuhan mahukan kita berusaha bersungguh-sungguh kemudian di susuli tawakkal tanda berserah kepadaNya.. Barulah akan terbit "redha" tanda menerima dengan berlapang dada ketentuanNya. Sebagai manusia perlu sentiasa bersangka baik kepada Yang Maha Pencipta.
Jadinya.. Bersangka baiklah. Sebab kita hanya menumpang sementara di dunia yang akan tiba penghujungnya ini. Tidak rugi bersangka baik. Tapi usah terlalu "taksub" menjadi baik sehingga kita diperguna.
Wallahua'lam
Posted via Blogaway
0 comments:
Post a Comment