"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Aku dan Pengelasan Kereta Sedan

Saja aku cari info ni.Sebagai rujukan di masa hadapan (Aku copy paste dari satu blog)

Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment. 



D-segmen 

Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series. Jika kereta Nasional, Proton Inspira boleh juga dimasukkan dalam kategori ini. 



C-segmen 

Merupakan Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze, yang tebaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012). 



Segmen B

Kereta sedan bersaiz kecil. Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2. Proton Preve juga dikatakan tergolong dalam segmen ini. 




Kereta Kompak

Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car. Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat. 



MPV 

Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal. Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya. Mini MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.



sumber : http://www.beritakereta.net/2013/11/jenis-kelas-kereta.html


Aku dan Sendat

Isu kritikal sikit lepas tengok bola ni.

Petang tadi aku ke hospital di JB. Berjalan kaki menuju kereta.
Ternampak seorang perempuan berhijab.
Berkain ketat..(macam getah kain dia). Bukan setakat bentuk "pungkoq" dia yang nampak sendat. Juga spender dalam kain tu jugak kemain.

(Aku mengaku aku tengok.tapi aku tak kelip mata...~tahan je tak berkelip sampai pedih ~ayat kaver..hahaha)

Bila dh banyak mata yang tertumpu dekat "pungkoq" tu. Tau pulak dia nak kaver pakai handbag dia.

Ni jenis macam ni..bukan pompuan ni namanya.Aku gelar spesis ni...betina.  Alang-alang nak tunjuk "pungkoq" lawa tu..tak payah la nak kaver2.

Otak ada..letak kat lutut.
Aptb.


Aku dan Kerusi Hospital

Sedang aku duduk menunggu di kerusi hospital usai menunaikan solat Zohor hari ini...Aku menunggu di situ bersama seorang uncle berbangsa India. Uncle sedang membaca surat khabar. Tempat ni berbumbung, tapi disebabkan cuaca agak panas.. bahangnya terasa. Ada tanda-tanda akan hujan petang ini di bumi Johor

Uncle India ni mungkin ada temujanji di bilik betul-betul di hadapan tempat duduk kami. Tak lama kemudian Uncle tersebut bangun dan terus masuk ke bilik tu. Masa Uncle berjalan...aku ternampak jahitan putih pada seluar slack hitam yang dipakai. Mungkin seluar uncle koyak tapi dijahit tangan menggunakan benang putih.

Hati aku sedikit tersentuh. Kadang-kadang seluar koyak sikit pun dah tak rasa nak pakai seluar tu. Stokin koyak sikit pun, terus tak dipakai. Aku tidak kata siapa-siapa..tapi aku kata diri aku. Betapa tidak bersyukurnya aku rasa.

Sebenarnya konsep syukur itu mudah.Tapi kita terlalu banyak mencipta alasan hingga kita lupa pada orang lain yang tidak cukupan. Walhal kita bukan lah lahir dalam kalangan senang-senang. Aku sendiri melihat betapa mak dan ayah membanting tulang di tanah Felda demi membesarkan kami lima beradik.

Semoga apa yang aku lihat hari setidak-tidaknya menerbitkan sedikit rasa untuk mendidik hati. Agar menjadi manusia yang kembali melihat nostalgia diri.


Aku dan Qilah

Hari Jumaat malam, Aqilah,ibu dan ayahnya datang berkumpul di rumah Uncle Zul. Ternyata Aqilah pemalu orangnya. Malu amat dia dengan Uncle Zul dia. Mungkin sebab lama tak berjumpa. Maafkan Uncle ya Aqilah.

Tapi bagi aku sifat malu seorang perempuan (tidak kira lah budak kecil atau besar) terhadap gender berlainan itu normal. Itu juga kebiasaan. Maka Uncle mengganggap normal bila Aqilah malu dengan Uncle. Ibu dan ayah Aqilah juga cakap bahawa Aqilah memang sedikit malu dengan lelaki. Tapi, malam tadi Aqilah mula perlahan-lahan hendak rapat dengan aku. Pagi tadi sudah malu semula.

Aqilah, ibu dan ayah, juga mak dan ayah bertolak pulang dari Johor ke Kuala Lumpur sebelum zohor tadi. Sempat kami berkumpul menyambut hari lahir adik bongsu kami di sini. Alhamdulillah. Bukan senang kami nak berkumpul sekeluarga.

Semoga semoga keluarga kami bertambah besar dan bahagia (ni ayat pancing...tanda-tanda awal dah mula gatal nak kawin..hahaha).

Selamat malam.


Pendam.

Apa yang kita tahu.
Apa yang jelas.
Terkadang terpaksa ditidakkan.
Demi mengelak cerita sengketa.

Terpaksa berlagak naif.
Tidak tahu apa.
Sedang adanya jelas di depan mata.

Harap satu masa.
Adanya terbit rasa sedar.
Bahawa yang ini lah satunya manusia.
Yang selalu ada.
Yang selalu peka.
Yang selalu menghulur bila perlu.

Tidak minta dipuji.
Apatah lagi diagungkan tinggi melangit.
Cukup sekadar memahami.
Mengerti tiap langkah yang diatur.
Mengerti tiap lafaz yang ditutur.


Perjalanan Sunyi

Kadang-kadang kita disoal.
Apa yang terbungkam dibenak..Mohon dituturkan.
Tutur dengan penuh hati-hati.
Mengawal segala rasa yang ada.
Supaya tidak dipengaruh emosi yang adakala menjadi racun kepada situasi.

Pengakhirannya.Tetap salah.
Tetap dituding.
Tetap dikata pelbagai rupa.
Seolah kita salah semua.

Tak apa.
Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.
Empat kali.
Tetap kata Maaf.
Biarpun terkadang tidak faham di mana salahnya.

"Kita bukan tiang"
Itu ku ulang.
Sekadar mengingatkan.
Semua pun ada hati dan perasaan.

Tidak kita seorang.
Semua orang juga adalah orang .
Punya hati.
Punya rasa.

Cuma kita meluah cara berbeza.

Tapi aku tetap.
Tutur dalam hati.
Cuba menjadi terbaik.


Perjalanan Sunyi

Kadang-kadang kita disoal.
Apa yang terbungkam dibenak..Mohon dituturkan.
Tutur dengan penuh hati-hati.
Mengawal segala rasa yang ada.
Supaya tidak dipengaruh emosi yang adakala menjadi racun kepada situasi.

Pengakhirannya.Tetap salah.
Tetap dituding.
Tetap dikata pelbagai rupa.
Seolah kita salah semua.

Tak apa.
Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.
Empat kali.
Tetap kata Maaf.
Biarpun terkadang tidak faham di mana salahnya.

"Kita bukan tiang"
Itu ku ulang.
Sekadar mengingatkan.
Semua pun ada hati dan perasaan.

Tidak kita seorang.
Semua orang juga adalah orang .
Punya hati.
Punya rasa.

Cuma kita meluah cara berbeza.

Tapi aku tetap.
Tutur dalam hati.
Cuba menjadi terbaik.


Bila Jauh Dari Yang Maha..

Keimanan kita umpama ombak yang menghempas ke pantai.
Ada pasang surutnya.
Kata sahabat yang aku panggil Ustaz.
Ustaz Amin.
Sahabat masa belajar dulu.
Sahabat yang tak pernah lekang di bibir mengalun ayat-ayat Allah.
Masa berjalan.
Mahupun masa membawa kenderaan.
Ya.Benar dia layak digelar ustaz.
Selalu mengingatkan sahabat-sahabat.
Itu dan ini.
Selalu menegur sahabat-sahabat.
Itu dan ini.
Tanpa pernah mengguris hati sesiapa.
Ya.Benar dia ustaz.

Tapi.
Itu bukan persoalan.
Soalnya keimanan.

Sekejap rajin.
Sekejap malas.

Sekajap mahu.
Sekejap tidak.

Sekejap cepat.
Sekejap lambat.

Sedang yang Maha segala tidak pernah..
MALAS
TIDAK
LAMBAT.
untuk hambaNya.


Pendam

Ada kala terlalu sukar meluah.
Sebab itu memendam.
Tak siapa tahu.
Ada apa terbuku.
Direnjat ketika memperbaiki
Tak siapa mengerti.

Terkadang ingin seperti yang lain.

Rasa ingin menangis semahunya.
Biar lepas apa terbungkam.

Yang dulu dekat.
Kini menjauh.
Makin tidak difahami.
Apa yang dikandungi.

Aku tahu DIA selalu ada.
Tapi.
Aku yang selalu lupa.

DIA mahu aku redha.
DIA mahu aku belajar redha.

DIA mahu aku sabar.
DIA mahu aku belajar sabar.

Sedetik ku rasa lemah.
Sedetik ku rasa lelah.

Aku mohon.
Kurnia sedikit kekuatan.
Buat aku yang bernama hamba.

12 Jun 2015
8.45pm


Perjalanan

Setiap hari kita dihambat masa. Kita perlu dihambat masa, kerana ia sebuah perjalanan. Juga sebuah pengembaraan. Pengembaraan yang harus kita warnai dengan pelbagai kisah.Suka, duka, jatuh, bangun. Semua itu perlu bagi membuat hidup kita lebih bermakna.

Bagi aku, pengembaraan berkait rapat dengan perancangan. Gagal merancang bermakna pengembaraan itu sia-sia. Perlu ditetapkan 'time line' atau 'story board' sebab pengembaraan ini perlukan laluan. Sekiranya tidak dicapai mengikut apa yang dirancang, jangan dirasa kita sudah jatuh. Mungkin kita perlu lebih kuat. 💪


Teman

tersedar tengah malam
buat aku terkenang..

betapa
sehari teman berteman
buka Mata
hadir rindu
nadi turut
rindu

terkadang
kita lupa
rasa ITU tiada siapa lihat

terkadang
kits lupa
rasa ITU hanya kita

teman hadir siang
teman hadir malam
ulang ulang
ia tetap sama

tika di keliling
kita lupa teman ulang ulang
higga kita abaikan

tapi percaya
satu masa dia akan rasa
betapa teman ulang ulang ITU
cukup makna

masa ITU
kita rindu

sibuknya teman ulang ulang

mass ITU
kita tahu

pentingnya teman ulang ulang

selamat malam


Popular Posts