Kadang-kadang kita disoal.
Apa yang terbungkam dibenak..Mohon dituturkan.
Tutur dengan penuh hati-hati.
Mengawal segala rasa yang ada.
Supaya tidak dipengaruh emosi yang adakala menjadi racun kepada situasi.
Pengakhirannya.Tetap salah.
Tetap dituding.
Tetap dikata pelbagai rupa.
Seolah kita salah semua.
Tak apa.
Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.
Empat kali.
Tetap kata Maaf.
Biarpun terkadang tidak faham di mana salahnya.
"Kita bukan tiang"
Itu ku ulang.
Sekadar mengingatkan.
Semua pun ada hati dan perasaan.
Tidak kita seorang.
Semua orang juga adalah orang .
Punya hati.
Punya rasa.
Cuma kita meluah cara berbeza.
Tapi aku tetap.
Tutur dalam hati.
Cuba menjadi terbaik.
"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."
Perjalanan Sunyi
Popular Posts
-
Hari Jumaat malam, Aqilah,ibu dan ayahnya datang berkumpul di rumah Uncle Zul. Ternyata Aqilah pemalu orangnya. Malu amat dia dengan Uncle Z...
-
Apa yang kita tahu. Apa yang jelas. Terkadang terpaksa ditidakkan. Demi mengelak cerita sengketa. Terpaksa berlagak naif. Tidak tahu ap...
-
Sedang aku duduk menunggu di kerusi hospital usai menunaikan solat Zohor hari ini...Aku menunggu di situ bersama seorang uncle berbangsa Ind...
0 comments:
Post a Comment