"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Perjalanan

Setiap hari kita dihambat masa. Kita perlu dihambat masa, kerana ia sebuah perjalanan. Juga sebuah pengembaraan. Pengembaraan yang harus kita warnai dengan pelbagai kisah.Suka, duka, jatuh, bangun. Semua itu perlu bagi membuat hidup kita lebih bermakna.

Bagi aku, pengembaraan berkait rapat dengan perancangan. Gagal merancang bermakna pengembaraan itu sia-sia. Perlu ditetapkan 'time line' atau 'story board' sebab pengembaraan ini perlukan laluan. Sekiranya tidak dicapai mengikut apa yang dirancang, jangan dirasa kita sudah jatuh. Mungkin kita perlu lebih kuat. 💪


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts