"Hidup perlu banyak memberi...Tidak perlu lari, tapi terus hadapi setiap apa yang mendatang berbekal azam serta tekad yang dikumpul dari pengalaman-pengalaman lalu."

Pendam

Ada kala terlalu sukar meluah.
Sebab itu memendam.
Tak siapa tahu.
Ada apa terbuku.
Direnjat ketika memperbaiki
Tak siapa mengerti.

Terkadang ingin seperti yang lain.

Rasa ingin menangis semahunya.
Biar lepas apa terbungkam.

Yang dulu dekat.
Kini menjauh.
Makin tidak difahami.
Apa yang dikandungi.

Aku tahu DIA selalu ada.
Tapi.
Aku yang selalu lupa.

DIA mahu aku redha.
DIA mahu aku belajar redha.

DIA mahu aku sabar.
DIA mahu aku belajar sabar.

Sedetik ku rasa lemah.
Sedetik ku rasa lelah.

Aku mohon.
Kurnia sedikit kekuatan.
Buat aku yang bernama hamba.

12 Jun 2015
8.45pm


1 comments:

Anonymous said...

Be strong��

Post a Comment

Popular Posts